top of page
photo_2024-06-10_09-53-25.jpg

INFAQ KAFAI PELANGI SEMENYIH, SELANGOR

Logo Kafai Taman Pelangi Semenyih

Selamat datang kepada semua penyumbang dan pewakaf yang berminat untuk menyokong pembangunan KAFAI Pelangi Semenyih Surau As-Syakirin. Kami mengalu-alukan infaq dan wakaf yang akan digunakan untuk pembinaan bangunan sekolah KAFAI kami.

Infaq Pembinaan Bangunan 2 Tingkat KAFA Integrasi Pelangi Semenyih

Kelas Al-Quran dan Fardu 'Ain Integrasi Pelangi Semenyih, Hulu Langat, Selangor

No. Rujukan JAIS : JAI.Sel.Bpm/01/034/377

No. Rujukan PWS : (4)PWS/BPD/002/03-9/63

Firman Allah SWT maksudnya : 

"Perumpamaan orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (Kurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui."

~Surah Al Baqarah: 26.1~

SASARAN RM 3.5 JUTA!!!

Pelan Kafai Taman Pelangi Semenyih

Bantulah kami untuk mencapai sasaran sebanyak RM3.5 juta

Cadangan Membina Bangunan 2 Tingkat Kafai Pelangi Semenyih. Bantu kami untuk merealisasikannya.

penghadang kelas

Infaqlah agar kami dapat kelas yang selesa

Kelas yang sedia ada berkongsi dengan bangunan surau. Keadaan kelas yang sangat tidak kondusif untuk pembelajaran dan tidak selasa.

badan-badan yang terlibat

Infaq ini juga telah berdaftar dengan PWS dan diluluskan oleh JAIS

KAFA Integrasi Pelangi Semenyih adalah sebuah sekolah dibawah pentadbiran dan pengurusan Surau As-Syakirin. Dengan itu, kedua-duanya telah mendapat kelulusan daripada pihak yang berwajib.

IMG_20240623_183128_493.png

MATLAMAT KAMI

Pembinaan projek KAFAI ini diharapkan dapat:-

icon

Keselesaan Dalam Menuntut Ilmu

Memberi keselesaan kepada pelajar dalam menuntut ilmu.

icon

PdP Lebih Teratur

Guru-guru juga dapat menjalankan PdP dengan lebih teratur dan  berkesan.

icon

Keselesaan Dalam Beribadah

Memberikan keselesaan kepada Ahli Qariah Taman Pelangi Semenyih serta pengunjung Surau As-Syakirin untuk beribadah dengan khusyuk.

icon

Pelajar Tidak Terganggu Dengan Aktiviti Surau

Masyarakat juga dapat turut serta melakukan aktiviti anjuran Surau As-Syakirin tanpa mengganggu pelajar-pelajar yang sedang belajar.

INFO KAFAI

papan tanda sekolah KAFAI Taman Pelangi Semenyih

Latar Belakang KAFAI Pelangi Semenyih

Sekolah Agama Rakyat KAFA Integrasi (KAFAI) Pelangi Semenyih adalah sekolah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan telah memulakan operasinya pada 10 Januari 2012. KAFAI ini dibina atas inisiatif Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih bersempena dengan pembukaan taman baru (Taman Pelangi Semenyih) pada tahun 2010 bersama-sama penduduk setempat. Sekolah ini menggunakan sukatan matapelajaran agama yang ditetapkan oleh pihak JAIS dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Papan Tanda KAFAI Pelangi Semenyih

Penubuhan

kelas kini

Keadaan kelas pada awal penubuhan

Sejak mula ditubuhkan pada 2012, kelas KAFAI ini berkongsi dengan bangunan surau. Ruangan luar surau digunakan sebagai bilik darjah. KAFAI ini pada mulanya hanya mempunyai 6 kelas. Akan tetapi, saban tahun permohonan pelajar baru semakin bertambah dan kelas menjadi terlalu padat sehingga mencecah 350 orang. Unit kediaman di Taman Pelangi Semenyih pula dianggarkan sebanyak 5000 buah rumah dan mempunyai penduduk kira-kira hampir 10 ribu orang.

Masalah KAFAI Sedia Ada

Disebabkan kepadatan pelajar, pihak KAFAI terpaksa menggunakan ruangan kiri dan kanan surau, ruangan solat muslimat dan ruangan kantin yang bersebelahan dengan bilik mandi mayat bagi menampung bilangan pelajar yang tinggi.

Pembelajaran juga menjadi tidak selesa dan tidak kondusif apabila pelajar-pelajar, buku-buku dan tempat kerusi meja basah terkena tempias hujan dan pelajar-pelajar terpaksa belajar di lantai.

Selain itu, PdP menjadi terganggu apabila tiba bulan Ramadan. Ruangan kiri dan kanan surau yang dijadikan kelas pada bulan-bulan lain terpaksa digunakan semula oleh pihak Surau untuk tujuan Solat Terawih.

kelas kini

Kelas yang berada di sebelah ruangan solat utama surau

ruangan tempat leyak basikal

Kekurangan tempat letak basikal untuk para pelajar dan terpaksa berkongsi dengan tempat letak motosikal para jemaah surau

ketiadaan setor

Ketiadaan stor khas KAFAI untuk penyimpan barangan menjadikan kelas di tepi surau tidak teratur

rak buku

Keadaan rak penyimpanan buku dan buku-buku yang sudah usang

Keadaan Semasa KAFAI

kelas kini

Keaadan kelas tidak kondusif; Kerusi meja basah akibat tempias hujan. pelajar terpaksa belajar di lantai.

kelas kini

Kelas bersebelahan kantin dan bilik mayat terpaksa digunakan.

kelas kini

Ruangan luar sebelah tepi surau dijadikan kelas yang hanya menggunakan penghadang sudah berlubang.

kelas kini

Ruangan kiri solat utama surau dijadikan kelas.

pentas mudah alih

Pentas mudah alih terpaksa digunakan untuk aktiviti rasmi seperti penyampaian hadiah.

kelas kini

Ruangan kanan solat utama surau dijadikan kelas.

kelas kini

Kelas di luar bangunan surau hanya menggunakan bidai untuk melindungi dari terik matahari dan tempias hujan.

dewan solat digunakan untuk aktivi rasmi

Aktiviti KAFAI terpaksa dilakukan di dalam ruang solat utama kerana ketiadaan dewan atau ruang khas.

ketiadaan setor

Ketiadaan stor khas menyebabkan kerusi dan meja lama tidak dapat disimpan dengan baik dan menggangu ruang kelas yang terletak di luar bangunan surau.

dewan solat

Para pelajar mengikuti para jemaah ketika tiba waktu solat walaupun waktu persekolahan belum tamat.

ruang kelas dijadikan ruang solat ketika ramadhan

Kerusi dan meja yang berada di kelas kiri dan kanan surau terpaksa dialih untuk memberi ruang kepada Jemaah Solat Terawih apabila tiba bulan Ramadhan.

pembelajaran ketika ramadhan

Pelajar terpaksa belajar di ruang solat utama ketika bulan Ramadhan kerana kelas digunakan untuk solat Terawih.

icon

BAGAIMANAKAH ANDA DAPAT MEMBANTU?

* Sumbangan kewangan seikhlas hati.

* Berkongsi maklumat projek pembinaan bangunan KAFAI 2-tingkat ini dengan keluarga dan rakan.

* Menyertai program pengumpulan dana yang dianjurkan.

Surah Al- Zalzalah : Ayat 7-8

فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ [الزلزلة: 7] 

«Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!»

PELAN BANGUNAN

Tapak Cadangan

pandangan atas keseluruhan surau as-syakirin dan tapak cadangan kafai

Pihak Surau As-Syakirin bercadang untuk membangunkan sebuah sekolah rendah agama iaitu Kelas Al-Quran dan Fardu Ain Integrasi (KAFAI) dua tingkat di atas Lot 20169; Tanah Kerajaan Jalan TPS 4/5, Taman Pelangi Semenyih, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan seluas 0.49 ekar. 

Lokasi bangunan ini hanya bersebelahan dengan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih.

Pelan Bangunan 3D

Bangunan KAFAI Pelangi Semenyih ini bakal dibina diatas tanah Lot 20169 seluas 0.49 ekar. 

Ia merupakan sebuah blok berbentuk L setinggi 2 tingkat yang mengandungi: 

• 8 bilik kuliah

• 1 bilik pelajar transit

• kantin

• bilik ketua guru

• bilik guru

• pejabat

• stor buku

• dapur 

• tempat letak kereta

Gambar Pelan Bangunan

Pelan Cadangan Bangunan 2-Tingkat KAFAI Pelangi Semenyih

pelan kafai
pelan kafai
pelan kafai
pelan kafai
pelan kafai
pelan kafai

Kos Sasaran

Berdasarkan gambar-gambar pelan bangunan yang diperolehi daripada pelukis pelan, dan diambil kira kos harga barangan yang semakin meningkat, jumlah kos keseluruhan pembangunan KAFAI Pelangi Semenyih ini dianggarkan bernilai RM3.5 juta.

anggaran kos
photo_2024-06-10_09-53-31.jpg

KELULUSAN

surat rasmi

Pendaftaran Surau As-Syakirin

No. Rujukan JAIS : JAI.Sel.Bpm/01/034/377

Penubuhan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih telah didaftarkan di bawah JAIS sejak tahun 2010 seperti terkandung dalam surat di atas.

surat rasmi

Pendaftaran KAFAI Pelangi Semenyih

No. Perakuan Pendaftaran: 2J(3)62/305

Penubuhan KAFAI Pelangi Semenyih telah didaftarkan di bawah Enakmen Pengawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam 1988 sejak 2012 dan masih beroperasi sehingga kini.

surat rasmi

Pendaftaran Perbadanan Wakaf Selangor (PWS)

No. Rujukan PWS: (4)PWS/BPD/002/03-9/63

Pembinaan Bangunan 2-Tingkat KAFAI Pelangi Semenyih telah berdaftar dengan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS). Setiap penyumbang layak mendapat pengecualian cukai pendapatan dari LHDN.

photo_2024-06-10_09-53-27.jpg

Kelulusan Lanjutan JAIS 2025

Alhamdulillah, berkat usaha semua pihak, permohonan lanjutan pembinaan KAFAI Taman Pelangi Semenyih Surau As-Syakirin telah BERJAYA mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 

No. Rujukan surat kelulusan JAIS: JAI.Sel.Bpm/01/034/377

penyambungan kafai 2028.jpg
photo_2024-06-10_09-53-27.jpg

Kelulusan JAIS

Berkat usaha semua pihak, Surau As-Syakirin telah BERJAYA mendapat kelulusan dari Kerajaan Negeri Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk membina bangunan KAFAI dua tingkat di atas tanah Lot 20169, Tanah Kerajaan Jalan TPS 4/5, Taman Pelangi Semenyih, Mukim Semenyih, Daerah Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan.


No. Rujukan surat kelulusan JAIS: JAI.Sel.Bpm/01/034/377

surat rasmi
surat rasmi
photo_2024-06-10_09-53-29.jpg

Kelulusan TNB

Pihak JAIS telah BERJAYA mendapat kelulusan "KEBENARAN MERANCANG" daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mendirikan sebuah bangunan 2-Tingkat KAFAI Pelangi Semenyih, Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih.


No. Kelulusan TNB: MPKJ(BBB) BHG 81/02(P).

surat rasmi
surat rasmi

INFAQ DAN WAKAF

Bantulah kami mencapai sasaran RM 3.5 juta

Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua. 

infaq

Setiap Sumbangan Anda Amat Bermakna Buat Kami

Setiap penyumbang sama ada individu atau syarikat layak mendapat potongan cukai.

photo_2024-06-10_09-53-29.jpg
bank rakyat logo blue

1102300220

Tabung Pembangunan KAFAI Surau As-Syakirin, Taman Pelangi Semenyih

Sabda Rasulullah SAW:

"Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya."

(Hadis Riwayat Muslim)

POLISI TERMA DAN SYARAT

• Semua hasil sumbangan, infaq atau wakaf tidak boleh dikembalikan.

• Resit rasmi bukti sumbangan, infaq atau wakaf boleh didapatkan secara digital dengan menghubungi pihak kami. Sertakan sekali slip transaksi kepada kami untuk kami buat semakan.

• Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi kami.

PENAFIAN

• Sumbangan, infaq atau wakaf anda akan terus disalurkan ke akaun "TABUNG PEMBANGUNAN KAFAI SURAU AS-SYAKIRIN TAMAN PELANGI SEMENYIH" bagi menampung kos-kos pengurusan.

• Segala maklumat peribadi penyumbang tidak akan disebarkan kepada pihak yang tidak berkenaan.

HUBUNGI KAMI

Pengurusan KAFAI Pelangi Semenyih

PENGERUSI

En. Mohd Bilal Bin Jusoh

019-309 9168

Gambar Pengerusi

TIMBALAN PENGERUSI

En. Mohd Saudi Bin Abdullah

013-740 2919

Gambar AJK Teringgi

SETIAUSAHA

En. Ahmad Azuan Bin Yahya @ Abd Majid

013-301 7737

Gambar AJK Teringgi

TIMBALAN BENDAHARI

En. Rokemy Bin Ridzuan

017-246 4070

Gambar AJK Teringgi

Peta Lokasi

KAFAI PELANGI SEMENYIH ini terletak di bangunan Surau As-Syakirin Taman Pelangi Semenyih, Selangor.

Borang Pesanan

Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas boleh hubungi kami dengan mengisi borang di bawah. Insya-ALLAH kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Pesanan anda telah dihantar!

SOALAN LAZIM (FAQ)

  • 01
  • 02
  • 03
  • 04

Kelas Al-Quran dan Fardhu 'Ain Integrasi (KAFAI) Pelangi Semenyih

Marilah kita berganding bahu dan bersama-sama menjayakan pembinaan bangunan KAFAI Pelangi Semenyih.

Jom sama-sama mencapai sasaran RM3.5 juta untuk kebaikan bersama! Terima kasih atas sokongan anda. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda.

Ikuti kami di 

  • Facebook

Organisasi Yang Terlibat:

badan-badan yang terlibat

© 2024 Kelas Al-Quran dan Fardhu `Ain Integrasi (KAFAI) Pelangi Semeyih, Selangor

bottom of page